Pada 15 Oktober 2026, Jabatan Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti (JPRTUI), MBI Selangor telah mengadakan satu sesi Perkongsian Ilmu (Knowledge Sharing Session) bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bertempat di Bilik Mesyuarat Perbadanan, Bangunan Ibu Pejabat PKNS. Sesi ini disertai oleh tujuh (7) orang kakitangan daripada Bahagian Integriti PKNS yang diketuai oleh En. Mohd Saleh Bin Bogal; Pengurus Integriti PKNS. Kunjungan ini diisi dengan sesi perkongsian mengenai amalan tadbir urus, pengalaman, cabaran, aktiviti dan isu-isu berkaitan dengan Unit Integriti. Turut dibincangkan adalah potensi kerjasama dalam penganjuran aktiviti integriti pada masa hadapan.